suria

Kempen Tandas Duduk Menjelang Olimpik Tokyo 2020

MENJELANG Olimpik Tokyo 2020, negara Matahari Terbit itu melancarkan kempen untuk menukar semua tandas cangkung kepada model barat.

Persiapan ini dibuat bagi menyambut lebih 10 juta pelancong asing menjelang kejohanan itu.

Negara berteknologi tinggi itu terkenal dengan pelbagai teknologi tandas yang boleh mengujakan pelancong asing  termasuk pemanas tempat duduk dan besen rendah yang berisi air untuk mencuci punggung serta kemaluan.

Bagaimanapun, masih ada tandas awam tradisional iaitu kemudahan jenis mencangkung.

Kira-kira 40 peratus tandas di 4,000 lokasi di kawasan pelancongan adalah jenis mencangkung , demikian menurut Agensi Pelancongan Jepun.

Sehubungan itu, kerajaan menawarkan untuk membiayai satu pertiga kos bagi mengubahsuai tandas awam tradisional itu kepada jenis duduk.

Kaji selidik yang dilakukan pengeluar tandas, TOTO mendapati lebih lapan daripada 10 pelancong asing memilih tandas jenis duduk, kata pegawai agensi berkenaan, Akihiko Yamakoshi.

"Kami mensasarkan kehadiran 40 juta pelancong asing  setahun dan mahu memastikan mereka gembira sepanjang melancong di negara ini," katanya.








Olimpik, Tokyo, 2020

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cemas Pesawat, Jet Bertembung

Artikel Lain