TORONTO: Sebuah pesawat yang sedang ditolak bertembung dengan jet yang baru mendarat di Lapangan Terbang Pearson di sini mengakibatkan berlaku kebakaran kecil. Kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa lapangan terbang bertindak pantas memindahkan penumpang pesawat terlibat. Menurut kenyataan pengurusan lapangan terbang itu, sebaik kejadian berlaku, pasukan bomba dan perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi. Pertembungan itu melibatkan pesawat Sunwing Airlines dan WestJet Airlines. WestJet mengesahkan semua 168 penumpang dan enam kru dalam pesawatnya selamat. Jet Boeing 737-800 itu tiba di Toronto dari Cancun, Mexico dan sedamg menunggu untuk ke pagar di mana kejadian itu berlaku. Bagaimanapun, tiada penumpang dalam pesawat Sunwing dan ia ditarik pengendali Swissport International Ltd. Setakat ini, Lembaga Keselamatan Pengangkutan sepasukan pegawainya akan ke lokasi bagi menyiasat kejadian itu - Reuters