suria

Empat Atlet Maut, Dua Parah Nahas Ketika Sambut Hari Lahir

EMPAT atlet angkat berat India maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Delhi-Panipat, Ahad.

Nahas itu berlaku berdekatan sempadan Sindhu di lebuh raya berkenaan.

Kejadian pada pukul 4 pagi itu berlaku apabila kenderaan yang dinaiki terbabas akibat jarak penglihatan yang kurang disebabkan kabus tebal.

Dua atlet yang cedera parah, Saksham dan Rohit dibawa ke Hospital  Raja Harishchadra Narela Satyawadi sebelum dipindahkan ke Hospital Max Shalimar Bagh.

Setakat ini, polis Alipur mula menyiasat kejadian yang berlaku pada sambutan hari lahir salah seorang atlet yang cedera parah itu.

Tikamchand, Saurabh, Yogesh dan Harish Roy terlah dibawa ke Hospital Raja Harishchandra  apabila mereka disahkan meninggal dunia.- indiatoday



Rohit, Sindhu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lima Jam Untuk Kebab Podolski

Artikel Lain