suria

Berendam Dalam Air Sejuk Beku Sambut 2018

OSTEND: Ribuan orang ramai berendam di Laut Utara ketika cuaca musim sejuk Belgium, amalan setiap kali menjelang sambutan tahun baharu.

Suhu serendah enam darjah Celsius tidak menghalang 4,500 orang bersantai di pantai dengan mengenakan pelbagai pakaian di bandar neo klasikal, Royal Galleries.

Namun tidak dinafikan ada yang sekadar merendam setakat buku lali sahaja, manakala yang lain hanya melihat dari jauh.

“Apabila anda masuk ke dalam laut, memang sejuk tetapi selepas beberapa ketika anda akan lebih selesa,” kata Joris yang memakai ala orang zaman batu.

Menurut penganjur, bilangan yang menjayakan amalan tradisi ini pada edisi ke-27 sekadar sederhana kerana faktor cuaca melampau.

“Ia tahun ke lima penganjurannya selepas  tidak dapat mengadakannya tahun lalu,” kata Jordy Velders yang bersama rakannya mengenakan kostum penguin.- Reuters

Ostend, Belgium

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain