suria

Wanita Ditahan Sumbat Bayi Dalam Laci Tandas Pesawat

-Gambar hiasan

POLIS Indonesia pada Ahad menahan seorang wanita, disyaki ibu kepada seorang bayi baru lahir yang ditemui mati dalam tandas pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta.

Hani, seorang pekerja migran berusia 37 tahun dari Cianjur, Jawa Barat, ditahan tidak lama selepas tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dari Bangkok, sekitar pukul 1 pagi, kata ketua polis lapangan terbang, Ahmad Yusef.

"Dia nampak tak sihat dan tidak akan disoal siasat sehingga keadaannya normal. Wanita itu kini berada di pusat kesihatan lapangan terbang," kata Yusef kepada AFP.

Polis mengesyaki Hani, yang bekerja sebagai pembantu rumah di Abu Dhabi selama empat tahun, melahirkan bayi secara rahsia semasa dalam penerbangan Etihad dari Abu Dhabi ke Jakarta pada Sabtu.

Sekitar empat jam selepas berlepas, dia mula mengalami pendarahan, memaksa kapten untuk membuat lencongan ke Bangkok.

"Wanita itu berada dalam kelas ekonomi tetapi kemudian ditempatkan di kerusi kelas perniagaan dengan topeng oksigen. Kapten kemudian mengumumkan bahawa penerbangan perlu dialihkan ke Bangkok," kata anak kapal Francesco Calore kepada AFP.

Pasukan perubatan masuk ke dalam kapal terbang untuk memberikan bantuan kepada Hani selepas pesawat Airbus A330 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok, katanya.

Penerbangan ke Jakarta diteruskan kira-kira sejam kemudian tanpa wanita berkenaan, yang kemudian terbang ke negaranya dengan penerbangan berikutnya.

Pekerja pembersihan di Jakarta menemui seorang bayi cukup sifat dibalut dengan beg plastik di dalam salah satu laci  tandas pesawat, kata Yusef, sambil menambah punca kematian belum ditentukan.

Dianggarkan lima juta rakyat Indonesia bekerja di luar negara, di mana sekitar 70 peratus daripadanya adalah pembantu rumah perempuan.

buang bayi, Etihad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Comel! Tak Sampai Hati Nak Minum

Artikel Lain