MENCARI cinta sejati tidak mudah dan bagi sesetengah orang, ia mungkin satu perjalanan yang jauh dan berliku-liku. Tapi, apa yang akan anda lakukan apabila anda menemukan seseorang yang istimewa dan si dia menghilangkan diri sebelum anda mulakan langkah? Seorang wanita mengambil langkah ekstrem untuk menjejaki lelaki pujaan hatinya. Wanita itu menghantar pesanan di sebuah kolum khas buat mereka yang kesepian, memetik laporan Mirror daripada Hull Daily Mail. Merujuk dirinya sebagai 'Michaela Gadis Pandora', dia menulis: "Kepada seorang konduktor kereta api yang seksi dalam perkhidmatan TransPennine antara Manchester dan Hull. "Kamu memiliki jambang dan rambut yang gelap. Saya menaiki kereta api dari Hull ke Leeds dan amat meminati kamu!" Ruangan itu menjadi sudut komunikasi buat penumpang komuter untuk meluahkan perasaan dengan harapan bakal pasangan mereka tampil untuk menyambut cinta yang dihulurkan.