suria

Risiko Dijangkiti Herpes B Jika Sentuh Monyet Liar

Jangan sentuh atau berikan makanan kepada monyet liar. - Frank Bienewald / LightRocket

KALAU anda ternampak seekor monyet, apakah yang akan anda lakukan? Bagi kebanyakan orang, mereka akan lari.

Tapi bagi yang berani pula, mereka akan cuba menyentuhnya. Namun, jika anda berkunjung ke Florida, Amerika Syarikat, jangan sentuh monyet yang anda lihat.

Ia kedengaran seperti nasihat yang biasa, tetapi para saintis mendapati lebih daripada suku populasi monyet di situ mungkin membawa virus Herpes B.

Walaupun hanya 25 peratus daripada jumlah haiwan itu boleh menyebabkan penyakit ke atas kelompok haiwan tersebut, ia juga mampu menyebabkan kematian kepada manusia.

Virus itu menyerang saraf yang seakan sama dengan demam sejuk yang dialami manusia.

Menurut The Verge yang memetik laporan jurnal Emerging Infectious Diseases, antara empat hingga 14 peratus monyet tersebut membebaskan virus melalui air ludah semasa musim mengawan.

"Masih banyak yang kita belum tahu tentang Herpes B yan ada pada monyet liar.

"Risiko untuk anda berjangkit penyakit itu adalah rendah, tetapi jika sudah terkena, mungkin akibatnya amat membahayakan," kata Samantha Wisely yang merupakan ahli biologi hidupan luar di Universiti Florida.

Jelasnya, virus tersebut berisiko rendah tetapi mempunyai akibat yang tinggi seperti rabies.

Herpes B, monyet liar

Artikel Berikut

Artikel Lain