suria

Otai Yakuza Dicekup Selepas 'Bebas' 14 Tahun

KETIKA ditahan dan diperiksa polis, jelas kelihatan tubuh lelaki berusia 72 tahun itu dipenuhi tatu.

Suspek kes bunuh yang berlaku 14 tahun lalu, warga emas itu disyaki mengetuai sindiket yakuza terbesar Jepun, yamaguchi-gumi.

Penahanan Shineharu Shirai di Lop Buri, daerah Tha Hin Huang hasil kerjasama Interpol, pihak berkuasa keselamatan Thailand dan imigresen.

Ketika ditahan, lelaki itu sedang berjalan untuk membeli makanan.

Suspek dikehendaki pihak berkuasa Jepun kerana bersubahat bersama tujuh lagi anggota kumpulan samseng menyebabkan kematian ahli kumpulan yakuza lain, kamiya pada pertengahan Julai 2003.

Sebaik terlibat dalam kejadian itu, suspek telah pulang ke Jepun hingga dikesan di bandar berkenaan baru-baru ini.

Pihak berkuasa Jepun maklum mengenai pergerakan suspek yang mempunyai isteri yang juga warganegara Thailand, bagaimanapun mereka bercerai dua tahun lalu.

Tatu di seluruh badannya, selain hilang jari kelingking di kedua-dua tangan adalah tanda sebagai anggota yakuza.

Timbalan Ketua Polis Lop Buri, Kolonel Ukrit Pooklan berkata, suspek ke pasar membeli makanan dan kemudiannya bermain catur dengan penduduk tempatan setiap hari.

Lelaki juga gemar menunjukkan tatu samurai pada tubuhnya kepada golongan muda dan lukisan itu juga yang mengesahkan keanggotaannya sebagai anggota yakuza.

Ketika disoal siasat pada Khamis, Timbalan Ketua Polis Negara, Jeneral Veerachai Songmetra berkata, suspek mengaku menjadi ketua kumpulan yakuza dengan 23,400 ahli.

"Bagaimanapun, dia tidak mengaku bersama tujuh anggota yakuza lain membunuh Kashihiko Otobe, pemimpin kumpulan samseng Kamiya.

"Tujuh anggota yakuza terbabit telah ditahan di Jepun dan dijatuhi hukuman penjara antara 12 hingga 17 tahun," katanya sambil menambah suspek tidak memiliki dokumen perjalanan sah.-TheBangkokPost








yakuza, kamiya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain