SEKUMPULAN gadis dilaporkan melarikan diri dari sebuah majlis yang diadakan bagi meraikan seorang teman mereka yang bakal berkahwin setelah melihat sesuatu yang sangat menakutkan dalam salah satu gambar mereka. Kumpulan tersebut, yang memilih sebuah perkampungan terpencil di Scotland untuk majlis itu terkejut selepas mengambil beberapa keping gambar di Argyll and Bute. Dalam salah satu gambar yang mana kebanyakan mereka dilihat mengangkat tangan sambil memegang topeng, seorang budak kecil dapat dilihat di belakang tunggul kayu. Seorang budak lelaki yang muncul dalam gambar mengejutkan kumpulan gadis ini. -fotoTheSunUK Gambar tersebut diambil selang beberapa saat yang mana gambar sebelum itu tidak menunjukkan kehadiran orang lain selain kumpulan mereka sahaja. Mereka dilaporkan melarikan diri setelah mengkaji tentang kawasan tersebut dan menemui satu kisah seorang budak lelaki yang bangun dari tempat tidur, berjalan menujuk sebuah tasik dan lemas. Nampaknya cerita itu adalah The Blue Boy, sebuah filem televisyen yang disiarkan di BBC pada tahun 1994, tentang seorang lelaki berusia empat tahun yang tenggelam di Loch (tasik) Eck. Filem yang dibintangi pemenang Oscar Emma Thompson itu, dikatakan telah difilemkan di lokasi yang sama di mana gambar-gambar itu diambil. -foto Hollydca/Twitter Cerita tersebut adalah dramatisasi kisah yang melibatkan The Coylet Inn, penginapan abad ke-17 yang menghadap sebuah tasik yang dikatakan berhantu. Gambar ini pertama kali muncul pada musim panas lalu dan mencetuskan perdebatan dalam talian mengenai kehadiran budak lelaki itu dengan beberapa orang mempertikaikan kesahihannya. Seorang pengguna Reddit berkata: "Tidak akan tidur malam ini". Dalam temu bual dengan The Herald pada 1994, penulis skrip The Blue Boy, Paul Murton berkata: "Saya bercakap dengan pihak hotel mengenainya dan dia menyebut tentang Blue Boy." Ia, katanya, adalah seorang budak lelaki yang bercuti bersama ibu bapanya di hotel itu dan bangun berjalan pada waktu malam. Dia tersesat di luar, jatuh ke dalam tasik dan lemas. Mayatnya ditemui biru akibat kesejukan. "Kakitangan hotel menyedari bahawa barang seperti pinggan mangkuk dan sudu sering berubah dari tempatnya tanpa alasan yang jelas dan mereka kadang-kadang mendapati terdapat tapak kaki basah di koridor." -TheSun