suria

Gempa Bumi Gegarkan Jakarta

JAKARTA: Rakyat Indonesia dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 6 magnitud menggegarkan ibu negara itu pada Selasa.

Setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), gempa berukuran 6 magnitud itu melanda kepulauan Jawa dan pihak berkuaa menolak risiko tsunami.

Ramai orang awam berlari ke tengah jalan keluar dari bangunan di tengah bandar Jakarta akibat gegaran itu.

Metro TV melaporkan para pesakit dibawa keluar dari sebuah hospital.

Gempa itu melanda kira-kira 104 kilometer (km) barat dari bandar Sukabumi, dengan kedalaman 33km.

Jakarta terletak kira-kira 100km dari lokasi gempa.

"Kami merasa gempa bumi selama tiga sehingga lima minit," kata Rudy Togatorop, 35, yang bertugas di kedutaaan Chile.

"Saya hanya duduk ketika itu, kemudian saya merasa bangunan seperti bergoyang. 

"Tangga kecemasan sangat sempit, saya bimbang sesuatu akan berlaku," tambahnya.

Indonesia merupakan salah sebuah negara di dunia yang kerap dilanda gempa bumi.

Pada 2004, tsunami berlaku di Lautan Hindi sehingga mengorbankan 226,000 orang di 13 negara, termasuk lebih 120,000 mangsa di Indonesia. - Reuters

gempa bumi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain