suria

Pengeluaran iPhone X Mungkin Dihentikan Lebih Awal

-fotoREUTERS

RAMAI yang bercakap mengenai iPhone X sejak pelancarannya tahun lepas, tetapi model Apple yang paling canggih dan mahal ini nampaknya terpaksa dihentikan pengeluarannya lebih awal.

Menurut satu laporan baharu yang diperoleh AppleInsider, penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo, berkata jualan iPhone X adalah 'mengecewakan' dan pengeluaran akan 'dihentikan pada musim panas' (tengah tahun).

Kali terakhir, dan satu-satunya kali Apple bertindak membatalkan modelnya selepas satu generasi ialah iPhone 5C, pada tahun 2014.

Gara-gara i Phone X, Apple telah dikritik untuk harganya, yang bermula dari £999 (RM5506) untuk versi paling asas.

Kuo telah berjaya mendedahkan rancangan Apple pada masa lalu dan berkata 'tiada tarikan di China adalah sebab utama' pelupusan iPhone X dirancang.

-fotoTHESTAR

Penganalisis itu juga menjangkakan 'pertumbuhan kecil' untuk tempoh separuh pertama tahun ini dengan 'pertumbuhan sehingga lima peratus'.

Salah satu ciri telefon ini ialah teknologi pengenalan muka, yang membolehkan pengguna membuka telefon mereka dengan mengimbas wajah, bukannya cap jari.

Ciri ini juga mendapat kritikan selepas seorang bapa, yang membeli gajet mahal ini untuk isterinya, terkejut apabila mendapati anaknya juga mendapat akses melalui wajahnya.

Apabila menghubungi hotline perkhidmatan pelanggan Apple, dia diberitahu ia jarang-jarang berlaku dan kes terpencil disebabkan wajah isteri dan anaknya serupa.

Kes ini dilaporkan hanya seminggu selepas seorang wanita Cina menyedari dia boleh membuka iPhone X rakannya, juga menggunakan imbasan wajah.

Tetapi tuduhan ini telah disangkal oleh Apple, yang terus mempertahankan perisian pengenalan wajahnya.

Mereka mendakwa hanya ada satu juta peluang untuk muka orang lain dapat membuka telefon pemilik sebenar.

Walau bagaimanapun, dakwaan Apple tidak meyakinkan rakyat di China, yang lebih pedulikan keselamatan telefon mereka mungkin dikompromi. -unilad

Artikel Sebelum

OMG! Suamiku Hamil

Artikel Berikut

Artikel Lain