RODRIGO Alves, lelaki yang dikenali sebagai Manusia Ken Doll kerana menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti patung popular Ken mengejutkan banyak pihak apabila dia membuat pendedahan di sebalik pembedahan tulang rusuknya. Namun apa yang sukar dipercayai adalah dia sanggup menunjukkan tulang rusuk yang disimpan di dalam sebuah balang menerusi program bual bicara pagi, This Morning. Rodrigo membawa tulang rusuknya di dalam sebuah balang. Foto ITV Dia yang ketagih menjalani pembedahan plastik berjumpa dengan Dr Michael K Obeng di Beverly Hills bagi mengeluarkan empat tulang rusuknya. Semasa bersiaran dalam program yang disiarkan ITV pada Selasa, Rodrigo mendedahkan bahawa dia sebenarnya mahu enam tulang tusuk dikeluarkan, tetapi katanya, tidak ada satu doktor di dunia ini pun sanggup melakukannya. Pinggang Rodrigo (kanan) semakin kecil selepas menjalani pembedahan. Foto ITV Rodrigo yang kini mempunyai saiz pinggang 20 inci berkata: "Saya berjumpa tiga doktor berbeza, masing-masing dua di Eropah dan seorang di Amerika. "Mereka beritahu saya hanya boleh melakukan empat (tulang rusuk dan bukan enam seperti yang diinginkan). "Saya memilih doktor yang terbaik. Saya menjalani pembedahan dan saya sangat gembira," tambah Rodrigo. Sehingga kini, Rodrigo telah menjalani 60 pembedahan dan menghabiskan lebih £508,000 (RM2.8 juta) bagi mendapat penampilan baharunya. - Mirror