suria

Transformasi Pasar Chatuchak Ke Arah Operasi Tanpa Tunai

PASAR Chatuchak di tengah bandaraya Bangkok bakal melalui proses transformasi pertengahan tahun ini apabila urus niaga tanpa tunai akan dilaksanakan di kawasan komersial yang sering menjadi tumpuan pelancong itu.

Langkah menaikkan taraf pasar kepada transformasi 4.0 itu turut melibatkan tempat letak kereta.

Status operasi tanpa wang tunai itu akan membolehkan pelanggan membayar barangan yang dibeli menggunakan kad atau kod QR, kata Pengarah Pembangunan Tanah State Railway Thailand (SRT), Siripong Preutthipan.

Menurutnya, ia adalah tambahan kepada aplikasi telefon mengenai Panduan Chatuchak yang memaklumkan pengguna senarai gerai mengikut kategori serta penarafannya.

Menerusi perkembangan terbaharu ini, ia akan memudahkan pelancong untuk meninjau sekitar pasar berkenaan, kata Siripong.

Malahan, katanya, peruncit juga boleh mengeksport produk berasaskan tempahan bagi memenuhi pasaran negara asing.

Proses pembangunan pasar Chatuchak ini dijangka melibatkan kos lebih 100 juta baht termasuk kira-kira 40 juta baht untuk pembinaan dan operasi tempat letak kereta.

"Jika semua berjalan lancar termasuk bidaan konrak pengubahsuaian tempat letak kereta, sistem baharu yang diterapkan diharap dapat beroperasi akhir tahun ini," katanya.

Projek ini juga akan menyaksikan lapan tandas di pasar ini akan dinaiktaraf, sekali gus caj dua baht kepada pengguna akan dinaikkan kepada lima baht.

Selain itu, kadar sewa gerai juga akan meningkat, bagaimanapun pertimbangan munasabah akan dilakukan sebelum mengumumkannya.





Chatuchak

Artikel Sebelum

Kaligrafi Ais Yang Mempersona

Artikel Berikut

Artikel Lain