suria

Permintaan Trump Ditolak, Namun Ditawar Rekaan Emas 18 Karat

NEW YORK: Permintaan asal adalah untuk mendapatkan lukisan pelukis tersohor, Van Gogh bagi menghias kediaman peribadi presiden Amerika Syarikat (AS) dan wanita pertama di Rumah Putih.

Namun, selepas jawapan yang diberi adalah tidak, maka diajukan pula tawaran untuk memasang mangkuk tandas 18 karat emas.

Cubaan Donald Trump untuk membawa hasil seni di Guggenheim ke kediamannya terpaksa ditolak ketua kurator muzium, Nancy Spector.

"Kami memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan asal anda, bagaimanapun masih berharap agar tawaran istimewa ini menarik minat anda," katanya.

Dihasilkan pereka Itali, Maurizio Cattelen "Amerika", tandas keemasan yang bergemerlapan itu dipamerkan di muzium selama setahun.

Ketika itu ia dipasang di bilik air untuk kegunaan awam dengan kawalan keselamatan sepanjang masa.

Bagaimanapun, tempoh pameran yang tamat membolehkan perekanya menawarkan hasil kerja tangannya itu kepada Rumah Putih untuk tempoh lama, demikian lapor The Washington Post dengan memetik kata-kata Spector menerusi emelnya.

"Sudah tentu tinggi nilainya dan ia perlu dijaga rapi, bagaimanapun kami akan melakukan pemasangan dan memaklumkan kaedah penjagaanya ," katanya.

Sepanjang tempoh setahun dipamerkan di muzium, mangkuk tandas itu digunakan lebih 100,000 pengunjung.

"Nilainya jutaan dolar emas, namun ia sesuatu yang menyamaratakan semua tanpa mengira kedudukan kerana apa yang kita makan, misalnya makan tengahari bernilai $200 atau hot dog berharga $2, akhirnya kita akan ke tandas juga," katanya.

Kediaman Trump di Manhattan juga dikenali ramai kerana dilengkapkan dengan warna keemasan dan tandas emas.



Trump, Spector

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain