suria

Peserta Ratu Cantik Diugut Bunuh, Apa Puncanya?

PESERTA pertandingan Ratu Cantik Itali menerima ancaman bunuh selepas berjalan di pentas di hadapan juri dengan memakai baju mandi sambil mendukung bayi perempuannya yang berusia enam bulan.

Laporan The Sun menyebut, Alessia Spagnulo mengakui berbangga menjadi peserta pertandingan sambil membawa bayinya.

"Seseorang telah memuat naik kata-kata ugutan "kamu layak mati", manakala seorang lagi menyebut "ia tidak asli", malahan ada yang memberitahu saya supaya menjadi surirumah."

Jelitawan berusia 24 tahun itu mengakui kesal dengan komen netizen terhadap dirinya.

Tambahnya lagi: "Saya tidak pernah merasai kekejaman seperti ini tetapi saya enggan layan apa yang mereka katakan.

"Berat saya bertambah dua kilogram sejak mengandung, tetapi saya anggap tambahan dua kilogram itu sesuatu yang cantik."

The Times melaporkan, bekas pekerja kedai itu memutuskan untuk membawa anaknya, Chloe ke pentas pada saringan awal kerana tiada sesiapa yang menjaganya kerana pasangannya bekerja di kilang kertas, manakala ibunya bertugas sebagai jururawat.

Peserta lain menawarkan diri untuk menjaga anaknya tetapi dia tetap meneruskan rancangan untuk berjalan di pentas peragaan bersama bayi itu.

Kata Alessia: "Kenapa perlu saya 'sembunyikan' dia.?"

Juri pertandingan itu telah memilihnya antara 18 peserta daripada 130 yang mengambil bahagian untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Alessia, Itali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain