SERAMAI sepuluh orang pelancong ditahan di Kemboja gara-gara beraksi gaya ghairah di sebuah parti. Mereka ditahan pada Khamis di Siem Reap selepas gambar mereka ketika ketika bermain permainan posisi seks di sebuah parti yang dianjurkan mereka disebar di laman sosial. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukuman penjara sehingga setahun. Antara yang ditahan, lima pelancong dari Britain, Kanada, New Zealand, Belanda dan Norway. Ibu kepada Billy Stevens,21, salah seorang yang ditahan memberitahu, dia masih tertanya-tanya apa kesalahan yang dilakukan anaknya itu. Jelas Marci Harbour, 47, anaknya hanya pergi melancong bersama kawan-kawan selepas penat bekerja. "Mereka berada di tepi kolam renang, dikelilingi bantal bersama tiga orang wanita. "Tidak ada apa yang salah. Itu yang dia beritahu kepada saya," ujarnya yang tinggal di Wadhursty, East Sussex.