SELAMAT datang ke bandar yang hanya mempunyai satu populasi penduduk sahaja. Monowi, yang terletak di Nebraska hanya mempunyai seorang penduduk, Elsie Eiler berusia 84 tahun. Semua pekerjaan seperti menjadi datuk bandar, bendahari, pustakawan, pelayan bar, dan beberapa lagi tugas diuruskan Eiler seorang diri. Setiap tahun dia akan menggantung sepanduk untuk calon menjadi ketua bandar, dan selepas itu dia akan mengundi dirinya sendiri. Undang-undang persekutuan turut meminta dia membuat penyelenggaraan sampah di jalan bagi memastikan sumber kewangan terus disalurkan kepadanya. Dia juga turut membayar cukai $500 bagi memastikan bekalan elaktrik dan api terus dibuka. Eiler juga turut membuat kertas kerja supaya status Monowi wujud dan mengelak daripada menjadi 'bandar hantu'.