suria

Putera Mahkota Denmark Tinggalkan Olimpik Kerana Ayahanda Gering

Putera Mahkota Frederik dan isterinya, Puteri Mary dalam persalinan rasmi diraja Denmark.

PUTERA Mahkota Frederik meninggalkan temasya Olimpik Musim Sejuk yang berlangsung di Korea Selatan kerana ayahandanya, Putera Henrik sedang gering dan keadaan kesihatan baginda yang semakin merosot, menurut istana diraja Denmark.

Putera Henrik yang dilahirkan di Perancis dan merupakan suami kepada Ratu Margrethe dimasukkan ke hospital pada 28 Januari kerana mengalami jangkitan paru-paru.

Putera mahkota tersebut menghadiri temasya yang melangsungkan acara pembukaan pada pada Jumaat.

Henrik sering menyuarakan rasa tidak puas hati Baginda kerana tidak duduk setara dengan ratu (isterinya) selepas Margrethe menaiki takhta pada 1972.

Putera Henrik mengahwini Ratu Margrethe pada 10 Jun 1967 di Copenhagen, Denmark.

Pada Ogos lalu, Henrik yang sudah bersara dari aktiviti kemasyarakatan berkata, dia tidak mahu dikebumikan di samping Margrethe dalam keranda pasangan tersebut.

Baginda mendakwa bahawa Ratu Denmark tersebut tidak menghormati dirinya seperti seorang isteri kerana baginda bukanlah seorang raja.

Henrik mendakwa Margrethe 'mempermainkan' dirinya dan murka kerana tidak digelar sebagai 'Raja Consort' sewaktu ratu tersebut menaiki takhta pada 1972, tetapi hanya menerima gelaran 'Putera Henrik'. - Daily Mail

Putera Mahkota Frederik

Artikel Berikut

Artikel Lain