PELANCONG diberi amaran tidak ke Lapangan Terbang London City sehingga diberitahu. Penutupan lapangan terbang itu dibuat sejak Ahad malam selepas penemuan sebiji bom Perang Dunia Kedua (WW2). Polis Metropolitan berkata, bom WW2 itu ditemui di Sungai Thames, George V Dock. Jelasnya, ia ditemui ketika menjalani pemeriksaan rutin di lapangan terbang awal pagi Ahad. Tidak dimaklumkan berapa lama tempoh penutupan lapangan terbang tersebut. Namun dilaporkan pihak tentera akan mengalihkan bom tersebut dan mengesahkan jenis sebenar bom tersebut.