SEBUAH pesawat Rusia terhempas dan menyebabkan sekurang-kurangnya 65 penumpang maut dan enam kru penerbangan terkorban. Sumber perkhidmatan kecemasan memberitahu Interfax, tiada mangsa dapat diselamatkan daripada insiden terbabit. Pesawat tersebut baru berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo Moscow untuk ke pergunungan Urals, menurut laporan media Rusia. Pesawat Saratov An-148 sedang dalam perjalanan ke Orsk yang terletak di Orenburg Oblast ketika kapal terbang itu tiba-tiba hilang daripada radar. Pesawat yang terhempas itu adalah jenis An-148 seperti yang ditunjukkan dalam gambar arkib ini. Kapal terbang terbabit kemudiannya dilaporkan terhempas di luar Moscow. Kementerian Kecemasan Rusia berkata, pihaknya sedang menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian. - Metro UK