suria

Tiga Hari Terperangkap Dalam Pembetung

Mangsa dibawa keluar dari pembetung selepas terperangkap selama tiga hari. Foto Triangle News

SEORANG lelaki terjatuh ke dalam longkang di London sehingga terperangkap dalam pembetung selama tiga hari.

Mangsa berjalan menyusuri laluan paip sehingga 72 jam untuk mencari jalan keluar.

Bagaimanapun, dia hanya diselamatkan selepas orang awam yang bekerja berdekatan mendengar dia menangis meminta pertolongan dari bawah jalan.

Rakaman video menunjukkan mangsa diselamatkan di Romford, timur London.

Lelaki berkenaan dibawa keluar dari pembetung pada 8 Februari lalu.

Sam Palmer yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat merakaman detik-detik itu, selepas mendengar tangisan mangsa meminta pertolongan.

Mangsa mendakwa dia terjatuh ke dalam longkang sejauh hampir 10 kilometer dari lokasi ditemui pada 5 Februari lalu.

Dia tidak dapat keluar dari lubang itu sehingga memaksanya berjalan di dalam terowong bagi mencari jalan keluar. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Lain