suria

Lap Hingus Guna Duit, Pemain Bola Dikecam

Stanislav Manaev mengelap hidungnya yang berair menggunakan wang kertas. Foto Golders

PEMAIN bola sepak dikenali dengan gaji mereka yang lumayan selain mempunyai citarasa mewah.

Bagaimanapun, seorang pemain bertindak secara melampau apabila dirakamkan aksinya mengelap hingusnya menggunakan wang kertas.

Malah, pemain profesional warga Rusia, Stanislav Manayev melipatkan wang kertas berkenaan selepas mengelap hidungnya.

Pemain tengah Chertanovo Moscow FC itu mengambil sekeping wang kertas daripada segumpal wang kertas bernilai 5,000 ruble (RM345).

Beliau kemudian berkata: "Saya boleh berikan wang ini kepada orang yang memerlukan, tetapi saya tidak akan lakukannya kerana hidung saya berair."

Tindakan Manayev bagaimanapun mendapat kecaman netizen di media sosial yang menganggapnya sebagai keterlaluan.

Ia turut mendapat kritikan Menteri Sukan Rusia, Pavel Kolobov yang berkata: Tidak ragu-ragu lagi video ini menunjukkan tahap pendidikan budaya yang rendah buat pemain ini.

"Saya yakin ini akan menjadi pengajaran untuknya," tambah Kolobov. - Mirror


Artikel Berikut

Artikel Lain