GARA-GARA tidak sabar dan enggan bertolak ansur, maka tercetuslah pergaduhan antara dua pemandu kenderaan di Singapura.
Berdasarkan rakaman, insiden memalukan itu tercetus kerana perebutan tempat parkir di pusat beli-belah Chinatown Point.
Mujur perbalahan berkenaan berjaya dileraikan oleh orang ramai.
Namun sikap pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) ini tenyata cukup mengecewakan.