suria

Pengumpul Barang Antik Beli Teko RM81, Tapi Jual RM3.13 Juta

Teko ini didakwa merupakan hasil buatan tukang tembikar, Bartlam kira-kira 250 tahun lalu. - SWNS

SEORANG pengumpul barangan murah membeli teko yang sudah rosak pada harga 15 Pound (RM81) meraikan hari paling gembira dalam hidupnya selepas teko tersebut berjaya dijual semula pada harga 575,000 Pound (RM3.13 juta).

Teko putih biru itu rupa-rupanya porselin pertama yang dihasilkan di Amerika Syarikat, kira-kira 250 tahun lalu.

Ia adalah hasil seni seorang ekspatriat Britain, John Bartlam yang berdagang merentasi lautan Atlantik untuk menunjukkan bagaimana porselin dihasilkan.

Hasil kerja Bartlam dikatakan terlalu bagus sehingga membuatkan usahawan tembikar, Josiah Wedgwood berasa terancam kerana perniagaan eksportnya akan terjejas.

Perniagaan Bartlam tenggelam ketika Revolusi Amerika dan hasil buatan tangannya hampir mustahil dijumpai sehingga ke hari ini.

Tahun lalu, seorang pengumpul barang antik menyambar teko itu yang dijual tanpa penutup kerana harganya yang sangat murah.

Lelaki itu menyangka teko itu hanyalah teko biasa dan membawa ia kepada seorang pakar 'Clare Durham of Woolley' dan Pembida Wallis, Wilts.

Pakar tersebut kemudiannya mengesyaki bahawa porselin itu bukan berasal dari United Kingdom dan membuat kajian lanjut sehingga akhirnya menyedari ia adalah hasil tangan Bartlam. - Mirror UK

barangan antik

Artikel Sebelum

Artikel Lain