suria

30 Minit Bersama Menteri Jokowi Di Pentas Jazz

BEBERAPA anggota Kabinet Indonesia bakal menampilkan sisi lain dalam diri mereka apabila akan tampil beraksi di pentas Festival Java Jazz 2018.

Kompas.com melaporkan ia dianggotai Menteri Pengangkuan Budi Karya Sumadi; Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati; Menteri Perumahan dan Kerja Raya, Basuki Hadimuljono; Menteri Luar, Retno Lestari Priansari Marsudi, Menteri Tenaga Kerja, Hanif Dakhiri; Ketua Staf Presiden, Teten Masduri dan Ketua Agensi Ekonomi Kreatif, Triawan Munaf akan mengadakan persembahan selama 30 minit bermula 8.30 malam, pada Jumaat.

Masing-masing mengetengahkan kepakaran dalam bidang muzik seperti Budi Karya (vokalis/gitaris); Sri Mulyani (bass), Basuki (drum), Retno (vokalis), suaminya, Agus Marsudi (bass), Teten (vokalis), Triawan (keyboard) dan Hanif sebagai vokalis dan pemain keyboard.

Kesibukan menjalankan tugas harian membuatkan kumpulan ini terpaksa berlatih sendiri, bukan secara berkumpulan.

Bagaimanapun bagi memastikan adanya persefahaman ketika mengadakan persembahan pada Rabu lalu, anggota Elek Yo meluangkan masa tiga jam untuk berlatih bersama sehingga tengah malam.

Kumpulan yang dikenali sebagai Elek Yo juga akan berkolaborasi dengan dua pop, Endah N Rhesa.

Pengendali program Java Production, Nikita Dompas berkata, kolaborasi itu susulan permintaan Elek Yo.

"Elek Yo selesa berkolaborasi dengan Endah N Rhesa," kata Nikita.

Kumpulan itu pertama kali membuat persembahan ketika majlis jamuan meraikan pasangan pengantin yang juga anak perempuan Setiausaha Negeri, Pratikno di Pusat Ekspo Jogja, Disember lalu.

Ketika majlis itu, kumpulan itu menyampaikan lagu yang dipopularkan Slank, Ku Tak Bisa selepas mendapat permintaan Presiden Joko Widodo.



Jazz Java, Jokowi

Artikel Lain