SEORANG banduan menimbulkan kekecohan apabila dia mempunyai mempunyai telefon bimbit dan menyiarkan video tentang pengambilan dadah dari dalam penjara. Joseph Chin yang menikam Martin Dinnegan, 14, dengan kejam 'kembali di media sosial' dengan penuh bangga, termasuklah menyiarkan gambarnya sedang merokok. Chin, yang kini berusia 26 tahun, dan menjalani hukuman penjara seumur hidup, berdepan kemungkinan penambahan dua tahun hukuman kerana memiliki dan menggunakan telefon bimbit secara haram di penjara. Dia dipenjarakan pada tahun 2008 kerana membunuh Dinnegan yang membuatkan kumpulannya 'nampak kotor'. Dua tahun lalu dia menggunakan telefon bimbit yang diseludup untuk membuka profil di laman web temu janji 'PlentyOfFish' dari selnya. Laman itu telah dipadam tetapi dia kini dilihat muncul di Instagram. Satu video yang dimuat naik, yang dilihat pada 12 Januari tahun ini, menunjukkan dia sedang menari rap diiringi muzik dengan perkataan 'Happy Birthday'. Satu lagi posting, di bawah nama pengguna Instagram @kiingxchin, dia menunjukkan potongan rambutnya yang baharu. Satu klip, bertajuk 'bermegah-megah tentang telefon', menunjukkan dia bersama penghuni lain sedang memegang sebuah telefon. Gambar Chin dari dalam penjara. -foto Daily Mirror Collect Dia juga merakamkan dirinya sedang merokok di sebelah kata-kata 'wakeandbake', merujuk kepada satu keadaan khayal. Chin dipercayai telah mengambil gambar-gambar itu di penjara Highpoint di Suffolk, yang berdepan masalah berkaitan telefon bimbit yang semakin meningkat. Antara November 2014 dan Oktober 2015 ia merampas 88 buah telefon, setahun kemudian 143, dan 192 telefon pada 2016-17. Chin berusia 16 tahun ketika dia menikam Dinnegan selepas di utara London. Chin dijatuhkan hukuman minimum 12 tahun, menjadikannya layak untuk mendapat parol pada tahun 2020. Ketika muncul di PlentyOfFish, ibunya, Lorraine, 51, berkata: "Bagaimana dia dapat insaf jika berada di laman temu janji?. "Mengecewakan apabila dia menikmati kemewahan apabila penjara sepatutnya menjadi tempat hukuman." Akaun Instagram Chin nampaknya telah dipadam dalam beberapa hari kebelakangan ini. Dia mungkin disiasat selepas melanggar peraturan. Jurucakap Perkhidmatan Penjara berkata: "Tingkah laku ini sangat tidak dapat diterima dan kandungan itu telah dikeluarkan dari media sosial. "Sesiapa yang ditangkap melanggar peraturan penjara akan menghadapi hukuman lebih berat, termasuk masa tambahan di penjara." -mirrorUK