suria

Lelaki Curi Trofi Oscar Diheret Ke Mahkamah

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh mencuri trofi Oscar pelakon wanita terbaik, Frances McDormand dihadapkan ke mahkamah dan jika bersabit kesalahan boleh dihukum penjara.

Pendakwa raya memaklumkan, Terry Bryant didakwa atas kesalahan mencuri dan tempoh hukuman maksimum tiga tahun penjara itu jika disabitkan atas satu kes kecurian harta yang melebihi AS$950 (RM3,700).

Lelaki berusia 37 tahun itu dituduh melarikan trofi milik McDormand dalam majlis di mana pemenang menanti trofi Oscar mereka diukir.

Televisyen Reuters sempat merakam gelagat Bryant ketika meninggalkan majlis itu sambil memegang patung Oscar dan berkata, "Kita sudah mendapatkannya. Kita berjaya. Kita berjaya. Saya minta diri dulu."

Polis Los Angeles berkata, Bryant menyerahkan kembali Oscar itu tanpa masalah berhampiran pintu keluar bangunan selepas seorang jurugambar melihat gelagatnya yang mencurigakan.

McDormand memenangi Oscar untuk peranannya sebagai ibu yang kecewa dan berduka dalam filem "Three Billboards Outside Ebbing, Missouri." - Reuters


Terry Bryant, Oscar

Artikel Lain