SEORANG lelaki bertindak menyimbah asid pada isterinya kerana melahirkan anak perempuan, dan bukan anak lelaki seperti yang dingininya. Mangsa, Farah yang berusia 25 tahun sedang tidur ketika insiden berlaku. Farah mengalami kesan melecur dalam satu insiden serangan yang didakwa dilakukan oleh Siraj di bandar Modarabad dekat New Delhi pada Isnin lalu. Siraj mendakwa isterinya gagal memenuhi tuntutannya mas kahwin dan tidak melahirkan anak lelaki. Mangsa dikejarkan ke hospital daerah kerana mengalami kecedereaan di bahagian muka, tangan dan perut. Lelaki berusia 32 tahun itu dikehendaki polis kerana mengakibat kecederaan menggunakan asid. Kakak mangsa, Nusrat Jahan berkata, adiknya berkahwin dengan seorang buruh lapan tahun lalu, tetapi mula berdepan dengan konflik rumah tangga tahun lalu apabila suaminya menuntut mas kahwin. Katanya, anak perempuan kedua Farah yang baru dilahirkan baru-baru ini didakwa sebagai punca serangan asid. Farah berkata, keluarga suaminya mula menyukarkan keadaan selepas dia melahirkan anak perempuan yang pertama. - Mail Online UK