suria

'Kantoi' Dalam Gambar Swafoto

Mariano (kanan) bergambar swafoto bersama teman wanitanya (kini bekas kekasih) yang sedang bermesra dengan lelaki lain. Foto CEN/Twitter

SEORANG lelaki mendapati teman wanitanya curang bersama lelaki lain, dan mengambil keputusan untuk mengambil gambar swafoto ketiga-tiga mereka.

Mariano, 20, dari Quilmes in Buenos Aires, Argentina, keluar berparti tanpa diketahui kekasihnya bahawa mereka sebenarnya berada di tempat yang sama.

Pada majlis itu, dia menyaksikan teman wanitanya sedang bermesra dengan lelaki lain.

Mariano memutuskan untuk duduk di sebelah mereka dan mengambil gambar swafoto.

Gambar tersebut kemudian dimuat naik di media sosial dengan keterangan: "Teman wanita saya (kini bekas teman wanita) tidak tahu kami pergi ke parti yang sama."

Gambar itu menunjukkan Mariano bersebelahan dengan pasangan yang sedang bermesra.

Dipercayai wanita yang namanya tidak didedahkan itu, tidak mengetahui Mariano melihat tindakan curangnya itu sehingga gambar tersebut dimuat naik di media sosial.

Mariano kemudian memuat naik paparan skrin mesej penjelasan teman wanitanya berhubung insiden itu.

Mesej itu berbunyi: "Saya terlalu mabuk dan lelaki ini begitu mendesak saya, dan dia bercakap banyak perkara dan saya tahu boleh sampai ke tahap itu (mesra).

"Saya serius menyintai awak dan saya mahu bersama awak."

Mariano membalas sambil disertakan dengan emoji ketawa: "Awak sepatutnya berusaha lebih lagi".

Pasangan itu kini telah berpisah. - Mirror UK

Artikel Lain