suria

Akibat Terdesak, Pelaku Langgar Lari 'Kuburkan' Kereta

BIMBANG kesalahannya terlibat dalam kes langgar lari terbongkar, seorang pemandu kereta telah menggali 'kubur' untuk kenderaannya di belakang kediamannya.

Lelaki itu juga telah melemparkan semua peralatan yang digunakan untuk menanam keretannya itu ke dalam sungai berdekatan.

Namun nasibnya tidak baik apabila perbuatannya tetap dapat dihidu pihak polis yang akhirnya menahannya, demikian lapor laman web media tempatan, Khamis.

Sebaik menguburkan keretanya, lelaki yang namanya tidak didedahkan itu telah melarikan diri.

Kejadian itu berlaku selepas lelaki terlibat terbabit dalam kejadian langgar lari seorang pejalan kaki dan dua penunggang basikal elektrik di kawasan pedalaman, Dali.

Mangsa kejadian itu yang mengalami keretakan pada tubuhnya telah dimasukkan ke wad untuk mendapat rawatan lanjut.

Polis telah menggunakan visual rakaman dan sebahagian bumper kereta untuk dimuat naik ke laman sosial media serta pemimpin masyarakat setempat bagi mengesan pemilik kenderaan terlibat.

Malahan, bapa kepada pemilik kereta itu telah menasihatkan anaknya supaya menyerah diri.

Bagaimanapun, kata lelaki itu dia menggali kubur untuk keretanya kerana bimbang akan dipenjarakan.-SouthChinaMorningPost


Dali, langgar lari

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia