suria

Rumah Musnah Gaga-Gara Pengecas Telefon Bimbit

Foto: Alice Matthews/Media Welsh

SEBUAH keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas gara-gara pengecas telefon bimbit.

Kebakaran bermula di tingkat atas kediaman dua tingkat apabila pengecas telefon terbakar yang dipasang di bilik utama rumah itu.

Alice Matthew berkata, kakaknya Lana, ibang ipar Stuard dan anak saudaranya Cole berusia tujuh tahun tidak berada di rumah ketika kejadian.

Kebakaran itu menyebabkan rumah mereka di bahagian atas hangus dan kerosakan teruk di tingkat bawah.

Stuart bersama isteri dan anaknya.

Keluarga Stuart memberitahu, mereka perlu menunggu sehingga setahun untuk membaikpulih rumah itu dan terpaksa tinggal sementara di Gurnod, Merthyr Tydfil.

"Kakak saya masih terkejut dengan apa yang berlaku, namun lega apabila ramai orang membantunya.

"Sejak beberapa malam lalu saya telah mengumpul pakaian untuk mereka dan orang ramai turut memberi sumbangan derma. Ia sangat menakjubkan," jelas Matthew.

Artikel Lain