suria

Selepas Kumpul Semua Gadis Dalam Satu Kumpulan WhatsApp, Ini Yang Lelaki Ini Dapat!

-foto Dom Flanagan/Twitter

SEORANG lelaki yang bosan dan mahu mencari wanita untuk menghiburkan hatinya memutuskan untuk membuka satu kumpulan sembang di WhatsApp dengan memasukkan kesemua 52 gadis yang terdapat dalam buku telefonnya.

Dom Flanagan dalam proses menghantar mesej kepada beberapa gadis sebelum dia menyedari kumpulan sembang mungkin akan lebih cepat dan berkesan.

Dia kemudian membuka satu kumpulan sembang 'Doms angels' dengan menulis: "Hia semua, adakah kamu dalam keadaan baik? Dom di sini, saya tak mungkin dapat menghantar mesej individu kepada kamu semua, kamu buat apa malam ini?."

Bercakap kepada Unilad Flanagan berkata: "Saya sedang dalam proses menghantar mesej kepada kira-kira lima gadis bertanya kepada mereka apa yang mereka buat malam itu dan terfikir bukankah lebih mudah jika saya melakukannya sekali gus.

"Jadi saya memasukkan setiap seorang gadis, termasuk bekas teman wanita, dalam kumpulan sembang. Tiada seorang pun yang berminat untuk bertindak balas dan saya dipanggil 'babi menjijikkan' oleh seorang perempuan," katanya.

Flanagan mungkin tidak berjaya dengan usahanya dengan gadis-gadis tersebut meninggalkan kumpulan yang dibukanya, tetapi dia mendapat perhatian dalam talian.

Pada masa artikel ini ditulis, tweetnya telah menerima lebih dari 6,000 tanda suka dan 1,600 'retweet'.

Difahamkan, gadis-gadis itu sendiri langsung tidak kagum dengan caranya.

Mesej pertama kepada gadis-gadis itu dihantar sekitar pukul 9.20 malam Sabtu, yang mana salah seorang daripadanya memberi harapan bahawa dia mungkin akan berjumpa dengan Flanagan selepas keluar minum bersama kawannya yang lain.

Ditanya sama ada dia akan mencuba tindakan itu sekali lagi, dia berkata: "Tidak, saya tak akan buat perkara yang sama sekali lagi. Saya yakin kebanyakan gadis dalam kumpulan sembang itu mempunyai teman lelaki jadi saya tak mahu mencuba nasib saya."

kumpulan sembang, WhatsApp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain