SEORANG ibu menitiskan air mata ketika dia memberitahu mahkamah bahawa dia tersilap memberikan anaknya manisan yang mengandungi kekacang dan akhirnya mengakibatkan maut. Anak lelakinya mempunyai alahan terhadap kekacang. Murid bernama Aaron O'Farrel itu mengalami kejutan anafilaksis selepas ibunya menyuap manisan tradisi India ke mulutnya sebelum remaja itu cepat-cepat mengeluarkannya. Selepas beberapa ketika, remaja berusia 11 tahun itu mengadu tidak sihat dan mula mengalami kesukaran untuk bernafas. Sejam kemudian, dia meninggal dunia akibat alahan tersebut. Contoh manisan tradisi India. - Gambar hiasan/Facebook Tasty Indian Recipes Mahkamah Chesterfield Coroner di Derbyshire, United Kingdom mendengar bahawa manisan tersebut dicemari dengan 'stail campuran-Bombay' yang turut berada dalam bekas yang sama. Namun, tiada amaran alahan dipaparkan pada bungkusan tersebut dan ia didakwa tidak mempamerkan peringatan yang ketara bahawa terdapat kacang di dalamnya. Ibu malang itu, Jaywantee O'Farrell memberitahu mahkamah: "Kalau saya nampak kekacang di dalam kotak itu, saya tidak akan berikan kepadanya dan saya masih memiliki anak saya pada hari ini." Aaron meninggal dunia pada 28 September 2014 selepas memakan manisan daripada sekotak hadiah yang diperoleh dari sebuah kuil di Birmingham, lokasi di mana sanak saudara wanita itu meraikan hari perayaan Navratri. - Mirror UK