suria

Model Beri Jawapan Selepas Dibanding Dengan 'Gajah' Oleh Penyampai Radio

Simone Holtznagel. -foto Channel 10

MODEL Australia, Simone Holtznagel sedang berada dalam hutan di Afrika Selatan, untuk menjalani penggambaran rancangan realiti Channel 10, I’m A Celebrity Get Me Out of Here!, ketika dia dipanggil gemuk oleh seorang penyampai radio lelaki.

Dua minggu lalu, Mick Molloy dari 'Triple M' membandingkan Holtznagel, 24, yang telah muncul di muka depan majalah Playboy dan pernah menjadi model untuk jenama pakaian Amerika, Guess, dengan seekor anak gajah.

Kisah itu mendapat laporan meluas saluran media utama dan Molloy terpaksa meminta maaf.

Tindak balasnya termasuklah pengakuan tentang penampilannya yang tidak bersemangat.

Bercakap kepada news.com.au dari kampung halamannya Wollongong pada Jumaat, Holtznagel ketawa ketika ditanya tentang perasaannya mendapat tahu tentang komen Molloy.

"Saya fikir ia sangat lucu. Betul...jika saya mahu dapatkan nasihat kerjaya model atau sebarang nasihat tentang kecergasan, dia bukanlah orangnya," katanya.

Holtznagel telah bekerja secara konsisten sebagai model sejak 10 tahun yang lalu.

"Saya berminat menjadi model Sports Illustrated (majalah). Itu matlamat saya," katanya.

Pada tahun 2011 ketika berusia 17 tahun, dia dinamakan sebagai pemenang tempat kedua Australia’s Next Top Model dan rapat dengan mendiang Charlotte Dawson, salah seorang juri acara itu yang mencabut nyawa sendiri pada 2014.

Holtznagel memutuskan untuk menyertai I’m A Celebrity bagi mendapatkan wang untuk badan amal kesihatan mental Beyond Blue.

Dia terbang pulang dari Afrika Selatan pada Khamis dan secara beransur-ansur kembali ke kehidupan biasa.

"Saya anggap perut saya masih belum pulih sepenuhnya selepas makan lipas-lipas itu," katanya mengenai cabaran rancangan itu, yang mengkehendaki para peserta makan serangga dan haiwan lain.

Simone Holtznagel, gajah, gemuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain