suria

Bimbang 'Kantoi' Masuk Bilik Awek, Remaja Terjun Balkoni

Remaja lelaki berusia 19 tahun yang terjun dari balkoni dilaporkan kritikal di ICU. Gambar Hiasan

SEORANG lelaki berusia 19 tahun bertindak terjun dari tingkat enam balkoni rumah teman wanitanya gara-gara takut dengan bapa gadis berkenaan.

Dia bertindak demikian selepas bilik teman wanitanya itu dimasuki bapanya, dalam kejadian di kawasan Maisaloon di Sharjah, Mesir, pagi Sabtu.

Remaja itu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital Sharjah, Sabtu.

Menurut siasatan awal, teman wanitanya yang berusia 15 tahun telah mengajaknya datang ke flat kediamannya kerana semua ahli keluarganya keluar untuk solat.

Dia berada di dalam bilik itu selama kira-kira dua jam, sebelum bapa gadis itu mengetuk pintu bilik.

Apabila bapanya masuk ke dalam bilik, dia bersembunyi di balkoni, menurut polis.

Pada masa yang sama dia berkomunikasi dengan teman wanitanya melalui WhatsApp, memberitahu dia akan terjun dari balkoni jika bapanya terus berada dalam bilik.

Sekitar 30 minit kemudian, remaja itu terus terjun selepas mengesyaki bapa teman wanitanya akan pergi ke balkoni.

Dia digegaskan ke hospital dan keadaannya dikatakan kritikal. -Khaleej Times

kekasih, ICU, terjun balkoni

Artikel Lain