suria

Persembahan Hiris, Masak Dan Makan Daging Manusia Cetus Kontroversi

Paparan skrin video persembahan di Youtube.

SEORANG artis seni persembahan mencetuskan perdebatan hangat mengenai etika dalam projek terbarunya, yang mana dia menghiris daging dari dua badan manusia, memasaknya dalam kuali dan kemudian memberi mereka makan daging sendiri.

Persembahan kontroversi oleh Arturs Berzins dari Latvia itu yang dinamakan Eskatologi, dipentaskan pada 6 Mac, di Muzium LV un Grata JJ, Riga.

Seperti yang dijanjikan, mereka yang hadir dipersembahkan dengan adegan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Berzins memakai sut putih forensik, menunjukkan kemahiran pembedahannya terhadap dua model, seorang lelaki dan seorang wanita dengan menghiris daging di bahagian belakang badan mereka, menggoreng hirisan daging itu dalam kuali panas dan akhirnya memberi mereka makan 'masakan' tersebut.

Paparan skrin video di Youtube menunjukkan dua model diberi makan daging mereka sendiri yang telah dimasak.

Sudah tentu ia bukan pertunjukan untuk mereka yang lemah semangat, tetapi ia disiarkan di Facebook Live dan rakaman itu masih boleh ditonton di YouTube, sekali gus mencetuskan beberapa kontroversi di negara itu.

Malah, ada yang memberitahu polis, bertanya sama ada mereka merancang untuk mengambil tindakan terhadap Berzins, tetapi pihak berkuasa turut berhati-hati, memberikan alasan walaupun aspek etika persembahan itu dipersoal dan siaran dalam talian dipertikai, acara itu sendiri bukan satu jenayah.

Tiada aduan rasmi terhadapnya dibuat setakat ini, tetapi pihak polis berjanji jika menerima laporan, mereka akan menyiasatnya dengan sebaik mungkin.

Arturs Berzins, Eskatologi

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan