suria

Mesir Didakwa Lancar 'EgyptFace' Mirip Facebook Untuk Intip Rakyat

SEBUAH rangkaian media sosial baharu yang kelihatan hampir serupa dengan Facebook telah dilancarkan di Mesir.

'EgypyFace' dikritik kerana diaggap sebagai usaha halus pihak pemerintah untuk mengumpulkan maklumat tentang pengguna dan memantau akaun mereka.

Pengasas laman web itu yang identitinya tidak diketahui, menghasilkan laman sosial tersebut tidak sampai dua minggu selepas menteri maklumat negara itu mengumumkan rancangan memiliki tapak rangkaian sosial khas untuk orang Mesir.

Kritikan yang dilemparkan mendakwa bahawa Mesir mungkin mengikut jejak langkah China, di mana kerajaan negara itu telah menyekat Twitter, Facebook, Google, YouTube dan beberapa laman web berita asing.

Menteri Komunikasi Mesir Yasser al-Qadi berkata pada 11 Mac bahawa negaranya telah mengambil langkah-langkah konkrit ke arah mewujudkan platform rangkaian sosial yang serupa dengan Facebook, tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai projek tersebut, lapor egyptindependent.com.

Analisis ke atas 'EgyptFace' oleh africanews.com mendedahkan, laman web itu adalah sangat mirip dengan Facebook yang membolehkan pengguna berkongsi kiriman, memuat naik foto, video, audio dan dokumen.

Tetapi perbezaan utamanya adalah ia hanya menawarkan tiga bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Inggeris dan Perancis; berbeza dengan Facebook yang membolehkan pengguna memilih banyak bahasa. - Daily Mail

EgyptFace, Facebook

Artikel Lain