suria

Janda Kepada Bekas Ahli Parlimen UK Lelong Bikini

Karen Danczuk.

SEORANG ratu swafoto dan bekas ahli majlis parti Buruh di United Kingdom (UK), Karen Danczuk melelong bikininya secara dalam talian pada harga £4.70 (RM26).

Bagaimanapun, dia menerima tawaran berjumah £50,000 (RM276,934) bagi lelongan bikini itu.

Karen Danczuk, 34, yang pernah berkahwin dengan Ahli Parlimen Rochdale, Simon Danczuk, menggesa pengikutnya di laman sosial Instagram untuk membeli bikini putih miliknya yang dilelong di lamab web eBay, awal minggu lalu.

Bagaimanapun, ratu swafoto iru menerima tawaran tersebut mencecah ribuan dalam tempoh kurang seminggu.

Karen turut memuat naik gambarnya memakai bikini putih itu, bagi menunjukkan kepada pembida mengenai pakaian mandi yang dilelong itu.

Seorang pembida membuat tawaran £60,000 (RM332,114), tetapi ia kemudian ditarik balik.

Sejak meninggalkan jawatan ahli majlis untuk Kingsway di Greater Manchester, dia dikenali dengan gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram. - Mail Online UK

bikini, swafoto, Karen Danczuk

Artikel Lain