suria

Tiga Bekas Kekasih 'Terpilih' Diundang Ke Majlis Kahwin Putera Harry - Meghan Markle

Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle.

PUTERA Harry akan berkahwin dengan Meghan Markle dan satu dunia tidak sabar untuk menyaksikan hari bersejarah ini.

Menurut satu artikel di Daily Mail, tiga daripada bekas-bekas kekasih Harry telah menerima undangan untuk hari besarnya dengan bintang Suits itu.

Ellie Goulding, Chelsy Davy dan Cressida Bonas dilaporkan akan menjadi sebahagian tetamu perkahwinan diraja kerana mereka tetap menjadi kawan baik Harry.

Goulding dan Harry dilaporkan terus bersahabat selepas hubungan cinta mereka terputus. Selain itu, dia juga adalah kawan rapat sepupu pengantin lelaki, Puteri Eugenie.

Bagaimanapun, walaupun penyanyi itu teruja untuk menghadiri acara tersebut, dia tidak akan membuat persembahan di majlis itu.

Pada tahun 2011, penyayi lagu 'Love Me Like You Do' ini menyanyi di perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton.

Harry telah menjemput Goulding untuk tampil pada upacara penutup Invictus Games pada tahun 2014. Dua tahun kemudian pasangan itu dilihat bercium selepas berakhirnya satu acara polo.

Gambar Harry dan Goulding pada 2014.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya dikatakan telah melupakan tentang kisah cinta mereka. Malah, Goulding mungkin menghadiri majlis perkahwinan itu bersama teman lelakinya, Caspar Jopling, 26.

Selain Goulding, Bonas dan Davy juga menerima jemputan. Persahabatan Davy dan Harry kekal, tetapi sumber lain mengatakan Markle dan Bonas tidak baik.

"Kedua-dua mereka (Harry dan Markle) akan melihat senarai dengan teliti. Jangan harap untuk melihat bekas kekasihnya, Cressida dijemput, kedua-dua mereka sudah tidak berkawan, tetapi jangan terkejut jika Chelsy muncul.

"Mereka masih berkawan sejak putus dan terus berhubung hingga ke hari ini," kata seorang sumber kepada Us Weekley.

Harry dan Davy, gambar tahun 2006.

Walau bagaimanapun, Richard Eden percaya sebaliknya. Menurut penyumbang artikel untuk Daily Mail itu, kedua-dua wanita itu adalah kawan baik Harry.

"Harry masih baik dengan Chelsy dan Cressida, jadi mereka akan berada di sana, salah seorang sahabatnya memberitahu saya," tulis Eden.

"Dia sudah tidak menyimpan sebarang perasaan ketika mereka berpisah, saya tidak fikir Meghan 'kisah'."

Gambar Harry dan Bonas pada 2014. -foto Getty

Dalam berita yang berkaitan, menurut Katie Nicholl, Harry dan Davy pernah cuba menyelamatkan hubungan mereka.

Sebenarnya, mereka telah pergi ke Afrika pada musim panas tahun 2015 dengan harapan mencari perdamaian. Malangnya, mereka tidak dapat menghidupkan semula perasaan mereka. -International Business Times

Putera Harry, bekas kekasih

Artikel Lain