DUA orang jurterbang yang berada dalam pesawat berlainan mendedahkan telah melihat objek yang tidak dikenali (UFO).Mereka telah membuat laporan kepada pusat kawalan trafik udara mengenai kejadian tersebut. Kedua-dua pesawat tersebut berada di ruang udara Albuquerque di New Mexico pada 24 Februari lalu. Juruterbang pertama menghantar pesanan menerusi radio menanyakan mengenai sesuatu yang melintasi atas pesawat mereka. "Ada sesiapa berada di atas kamu, melintasi kami, lebih kurang 30 saat lalu?", lapor juruterbang itu. "Negatif," jawab pengawal tafik. "Ada sesuatu yang berlaku, UFO," ujar juruterbang. Beberapa minit kemudian, pengawal trafik bertanyakan perkara itu kepada seorang lagi juruterbang yang berada di kawasan tersebut. "Beritahu saya jika anda ternampak sesuatu yang melintasi pesawat anda dalam jarak 15 batu," ujar pengawal trafik itu. "Jika ada sesuatu melintasi kami?," tanya juruterbang kedua. "Diakui, kami menerima laporan pesawat di hadapan anda merasai sesuatu melintasi mereka, dan kami tidak mendapat sebarang isyarat. Beritahu kami jika anda melihat sesuatu. "Namun beberapa minit kemudia, juruterbang American Airline kembali ke bahagian pengawal trasik memberitahu ternampak sesuatu yang pelik. "Saya tidak pasti apa tetapi ia bukan kapal terbang, ia melepasi kami menuju ke arah bertentangan. Pengawal trafik itu bertanya adalah ia bergerak atau seperti helang atau balon Google. "Ragu-ragu. UFO," jelas juruterbang itu.