SEORANG maut digilis tren bawah tanah London Underground di stesen Leicester Square di bandar raya itu, Rabu malam. Tragedi berlaku pada kira-kira 7.45 malam di laluan Northern di stesen yang sibuk itu. Mangsa belum dikenal pasti tetapi tiada yang dicurigai berhubung insiden. Seorang jurucakap Polis Pengangkutan Britain (BTP) berkata: "Seorang maut selepas digilis oleh sebuah tren di laluan Northern di stesen London Underground di Leicester Square, malam ini." - Mirror UK