suria

Pengguna FB Boleh Dapat Hampir RM70,000 Selepas Kebocoran Data

Mark Zuckerberg

FACEBOOK diselar orang ramai setelah satu pendedahan dibuat mengenai Cambridge Analytica yang didakwa menyimpan data pengguna laman sosial itu.

Menurut professor perundangan, Maureen Mapp, terdapat lebih 50 juta pengguna yang datanya sudah dicuri.

"Kalau mereka membuat tuntutan ganti rugi atas pencerobohan data itu, setiap seorang mungkin akan memperolehi £12,500 (RM68,088) sebagai pampasan," ujarnya kepada The Sun.

Peguam perlindungan data, David Barda pula berpendapat setiap pengguna terlibat mungkin akan menerima ganti rugi maksimum £500 (RM2,723) setiap seorang.

Menurut Barda, jumlah bayaran pampasan bergantung kepada tahap kesulitan yang dihadapi.

"Tapi paling kurang pun mereka akan dapat £500 (RM2,723) dari pihak Facebook jika mereka dapat membuktikan kersulitan atau kerugian yang dihadapi selepas pencerobohan data itu," katanya.

Ini berikutan pengguna perlu membuktikan kesengsaraan yang dihadapi akibat pencerobohan itu bagi membolehkan kes mereka dikendalikan di bawah Akta Perlindungan Data.

Dalam pada itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah membuat permohonan maaf berhubung pengendalian data pengguna laman sosial itu.

Cambridge Analytica juga kini sedang disiasat oleh Pejabat Suruhanjaya Maklumat United Kingdom kerana didakwa menerima data lebih 50 juta pengguna dari Facebook.

Cambridge Analytica merupakan firma rundingan politik British yang sebelum ini turut dikatakan bekerja untuk kempen politik Donald Trump di Amerika Syarikat.

data bocor, pampasan, Facebook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain