suria

Rusuhan Balai Polis Venezuela Korbankan 68 Nyawa

VALENCIA: Rusuhan yang tercetus hingga menyebabkan berlakunya kebakaran dalam lokap di balai polis di pusat bandar ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 68 nyawa.

Ahli keluarga semua pihak yang berkumpul di luar balai polis berkenaan bertempiaran lari apabila pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan kekecoahan.

Pihak berkuasa juga masih berdiam diri tanpa menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadaian itu kepada ahli keluarga tahanan.

"Pihak pendakwa raya memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci kejadian itu," Ketua Pendakwa Raya, Tarek William Saab menerusi Twitter.

Penjara Venezuela dikatakan menempatkan banduan melebihi had dibenarkan, malahan ada dalam kalangan tahanan yang turut membawa senjata api dan juga dadah.

Kejadian rusuhan yang mengakibatkan sejumlah besar maut bukan sesuatu yang mengejutkan.

Pegawai kerajaan, Jesus Santander berkata, pentadbiran Carabobo kini dalam tempoh berkabung susulan kejadian itu.

"Pasukan forensik kini sedang mengesahkan jumlah sebenar mangsa kejadian itu," kata Santander.

Katanya, seorang anggota polis yang ditembak pada kaki kini dalam keadaan stabil, manakala api kebakaran yang marak telah dapat dikawal rapi.

"Dipercayai ada ramai yang bersembunyi dalam kurungan bawah tanah, bagaimanapun jumlahnya belum dapat disahkan," kata aktivis hak kemanusiaan, Humberto Prado.-BangkokPost

Valencia, Tarek William Saab

Artikel Lain