suria

Meghan Tak Akan Pakai Aksesori Ini Pada Hari Perkahwinan, Walau Kate Memakainya

PERKAHWINAN Putera Harry dan Meghan Markle semakin hampir dan semua persiapan perlu diteliti menjelang hari bersejarah itu.

Peminat dan pengikut keluarga diraja ingin melihat apa yang akan dipakai oleh Markle pada 19 Mei ini dan apakah aksesori yang menjadi pilihannya.

Semua yang dipakai oleh Kate Middleton pada hari perkahwinannya dulu, bermula dari bajunya hingga ke hingga anting-antingnya telah menjadi ikutan di seluruh dunia!

Walaupun belum diketahui apa yang akan dipakai Markle, yang pasti ada satu benda yang tidak akan dipakainya pada hari tersebut.

Pengantin diraja biasanya akan memakai mahkota dan mereka boleh memilih satu daripada koleksi mahkota peribadi ratu untuk digayakan pada hari penuh bermaknanya.

Malah, pengantin perempuan juga boleh memilih untuk membuat rekaan mahkota sendiri atau melanggar tradisi dengan tidak memakai mahkota.

Tetapi satu perkara pasti, Markle tidak akan memakai mahkota sama yang pernah dipakai Middleton pada majlis perkahwinannya.

Middleton memakai mahkota Cartier Halo ketika dia berkahwin dengan Putera William pada 2011. Namun, Markle pasti tidak akan menggayakannya apabila dia berkahwin dengan Harry.

Malah, Town & Country melaporkan bahawa mahkota Cartier Halo yang menakjubkan itu tidak berada di United Kingdom pada tarikh perkahwinan Harry dan Markle!

Rekaan terkenal itu akan berada di pameran Cartier: The Exhibition yang diadakan di Galeri Nasional Australia dari 30 Mac hingga 22 Julai.

Ini bermakna Markle pasti tidak dapat memakainya pada hari perkahwinannya Mei ini!

Tiara ini dinamakan Halo kerana berbentuk lingkaran cahaya dan mempunyai lebih daripada 800 berlian.

Raja George VI pertama kali mengarahkan Cartier untuk merekabentuk tiara ini untuk isterinya, ibu kepada ratu pada tahun 1936 dan kemudiannya diserahkan kepada Ratu Elizabeth pada hari ulang tahunnya yang ke-18.

Sejak itu ia telah dipakai oleh Puteri Margaret, Puteri Anne dan tentu saja Middleton. -evoke.ie

Artikel Lain