suria

Penjara Dedah Suspek Kes Tembak 'Dihujani' Surat Cinta, Foto Gadis Seksi

-foto Getty

REMAJA lelaki yang dituduh melepaskan tembakan di sekolah di Parkland, Florida, bulan lalu telah 'dihujani' surat cinta dan surat sokongan lain ketika di penjara, menurut pejabat pertahanan awam.

Penyokong-penyokongnya telah menghantar kad ucapan, surat dan beberapa gambar perangsang kepada Nikolas Cruz yang ditahan di penjara Broward County, South Florida, lapor Sun-Sentinel, Rabu.

Agensi berita itu juga memperolehi beberapa salinan surat yang dihantar kepada lelaki berusia 19 tahun itu ketika menunggu perbicaraan.

Pembela awam penjara Broward County Howard Finkelstein, yang mewakili Cruz, memberitahu NBC 6 bahawa penghantar surat itu terdiri daripada lelaki, wanita dan gadis.

Di samping itu, akaun komisinya telah mendapat sumbangan sebanyak AS$800.

"Ada longgokan surat," kata Finkelstein.

"Dalam 40 tahun saya berkhidmat sebagai pembela awam, saya tak pernah tengok surat sebanyak ini kepada defendan. Dulu dan sekarang, setiap seorang dapat sedikit saja, tak ada yang seperti ini," katanya.

"Saya mempunyai hak untuk mengambil berat tentang anda, Nikolas!" seorang wanita Texas menulis dalam kad ucapan yang dihantarnya, enam hari selepas Cruz dituduh melepaskan tembakan di Marjory Stoneman Douglas High School pada 14 Februari, menyebabkan 17 pelajar dan orang dewasa maut.

Seorang wanita Chicago menghantar sembilan keping gambarnya yang cantik, termasuk gambar seksinya.

Cruz dilaporkan mahu bunuh diri dan tidak dibenarkan menerima surat. Pegawai penjara belum memberikan surat-surat itu kepadanya, yang perlu melalui proses pemeriksaan.

"Kami membacakan beberapa surat ketuhanan yang diberikan kepadanya meminta dia berbalik kepada Tuhan," kata Finkelstein kepada Sun Sentinel.

"Tetapi kami tidak akan membacakan kepadanya surat-surat peminat atau berkongsi foto-foto gadis."

Finkelstein menambah perhatian seperti itu membimbangkannya kerana ia ditulis oleh gadis-gadis setiap hari dari seluruh negara.

Cruz dilaporkan menghadapi beberapa tuduhan termasuk  tuduhan cubaan membunuh. Dia pertama kali muncul di mahkamah pada 15 Februari.

kes tembak, suspek

Artikel Lain