LEVI Bliss melamar teman wanitanya, Allison Barron bulan ini. Lelaki itu memilih lokasi melamar di Nevada, Amerika Syarikat (AS), di kawasan bukit-bukau yang cantik di bawah langit biru. Bagaimanapun, bapa Allison juga mempunyai idea pada hari berkenaan. Dari atas bukit, dia memegang papan tanda yang tertera perkataan "Say No!" (Kata Tidak!). Gambar yang menunjukkan aksi bapa Allison itu berjaya dirakamkan secara tunafoto (photobomb). Bapa Allison memegang sepanduk yang menyebut 'Kata Tidak'. Allison memberitahu BuzzFeed bahawa tunang dan bapanya sebenarnya agak rapat. Gambar tersebut merupakan satu gurauan. "Mereka berdua sering melakukan aktiviti bersama seperti bermain tenis, menunggang basikal dan lain-lain," kata Allison. - Mirror UK