suria

Transgender lelaki lahir bayi, suami 'tiada jantina', mahu anak 'neutral jantina'

-Gambar hiasan

SEORANG wanita di Finland yang telah menjalani rawatan hormon untuk berpenampilan seperti seorang lelaki, menjadi transgender lelaki pertama yang melahirkan anak, lapor media tempatan pada Rabu.

Penularan berita itu sekali gus mencetuskan kontroversi kerana undang-undang negara itu menetapkan hanya seseorang yang mandul boleh mengubah jantina.

"Bayi itu mempunyai berat hampir 4 kilogram dan panjang 53 sentimeter sewaktu dilahirkan," ujar individu berkenaan yang tidak mendedahkan identitinya kepada Lannen Media.

Dia yang berusia 30-an, menukar jantina secara sah pada 2015 daripada jantina asalnya seorang wanita, setelah beberapa tahun menjalani terapi testeron.

Namun, dia mengambil keputusan untuk tidak mengubah alat kelaminnya walaupun dia sudah memiliki fizikal lelaki, sebelum hamil anak suaminya.

Undang-undang Finland menetapkan seseorang perlu membuktikan kemandulannya sebelum membuat pembedahan menukar jantina dari wanita ke lelaki.

Mengikut praktis perubatan, pakar menganggap seseorang transgender itu mandul apabila mereka membuat terapi testeron secara berterusan dalam tempoh panjang.

Namun, mereka boleh kembali subur jika terapi dihentikan seketika.

Bagaimanapun dalam kes ini, individu berkenaan yang tinggal di Helsinki, memutuskan untuk menghentikan rawatan hormon sebelum dia kembali 'datang bulan' setahun selepas itu.

"Adakah saya mahu masyarakat menentukan apa yang saya boleh buat dengan tubuh dan kehidupan saya? Tiada apa yang boleh hentikan saya, saya seorang transgender lelaki yang bebas," ujarnya dalam satu temubual sewaktu masih mengandung.

Dalam pada itu, Finland merupakan satu-satunya negara di Nordic yang menetapkan rakyatnya perlu 'mandul' sebelum membuat perubahan jantina sekali gus mencetuskan kritikan organisasi hak-hak manusia.

Walaubagaimanapun, kerajaan negara itu dilihat fleksibel dalam kes ini apabila memberi cuti bersalin penuh buat individu berkenaan.

Doktor tidak pasti bagaimana rawatan hormon terdahulu akan menjejaskan kehamilan, tetapi semuanya berjalan dengan normal, walaupun kelahiran sedikit terlambat.

"Beberapa minggu yang lalu sangat menyakitkan dan saya mula tak sabar, tetapi kelahiran itu benar-benar lancar," kata 'ibu' kepada bayi itu kepada Lannen Media.

Katanya, dia mahu bayi itu, yang jantinanya tidak didedahkan, memanggilnya 'daddy'.

Suami transgender lelaki itu, yang dilahirkan sebagai lelaki sejati bagaimanapun berkata dia tidak mahu dirinya dikenali dengan sebarang jantina.

Pasangan itu berkata mereka bercadang untuk membesarkan kanak-kanak itu dengan cara neutral jantina.

Pada tahun 2008, seorang individu di AS yang pada asalnya dilahirkan wanita menjalani pembedahan selepas melahirkan seorang bayi perempuan.

Thomas Beatie, yang disahkan lelaki tetapi memutuskan untuk mengekalkan organ seks wanitanya semasa pembedahan pembentukan semula dada dan terapi testosteron, melahirkan dua lagi anak dalam tempoh dua tahun selepas itu, media AS melaporkan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain