FILIPINA bakal menutup pulau percutian terkenal Boracay untuk pelancong selama enam bulan. Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan pusat peranginan itu ditutup berikutan keadaan yang kotor dengan sampah. "Boracay dikenali sebagai syurga di negara kita dan penutupan sementara ini adalah untuk memastikan generasi akan datang juga dapat menikmatinya," kata Roque kepada pemberita. Keputusan itu pastinya akan menjejaskan ribuan pekerja yang bekerja di kepulauan itu dalam bidang pelancongan. Setiap tahun mereka menerima hampir dua juta pelancong yang menghasilkan pendapatan kasar lebih kurang AS$1 bilion setahun.