SETIAP pasangan berkahwin pasti berasa bahagia dan bersyukur saat dikurniakan cahaya mata, apatah lagi jika bayi itu dilahirkan dengan kalimah Allah tertulis di dahinya. Pasangan Saiful dan Dewi Agustina dari Kalimantan, Indonesia dikurniakan bayi istimewa itu pada 3 April 2018 lalu dan gambarnya menjadi tular setelah dimuat naik di akaun seorang pengguna Facebook, Yuni Rusmini. Meskipun hanya mengetahui dirinya hamil pada usia kandungan sudah mencecah lima bulan, bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan itu berada dalam keadaan sihat, lapor SinarHarian memetik Tribunnews. Menurut Ketua kampung Desa Ambahai yang juga bekas guru sekolah Dewi, wanita itu seorang pelajar yang pendiam dan sabar serta tidak pernah menimbulkan masalah. Walaupun hidup susah dengan sekadar mencari rezeki sebagai nelayan, Saiful dan Dewi dikenali sebagai orang yang sabar serta aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.