suria

65 militan asing bersembunyi di kawasan Gunung Darna

Tentera Libya

TRIPOLI: Sejumlah 65 militan asing kini bersembunyi di kawasan pergunungan di timur bandar Darna, lapor agensi berita China Xinhua pada Rabu.

''Pihak tentera telah berhubung dengan orang-orang tua dan pemimpin beberapa puak. Golongan muda masih mempunyai kaitan dengan saki-baki anggota Daesh dan al-Qaida," kata jurucakap tentera Libya Ahmad Mismari pada sidang akhbar di Benghazi.

Kesemua militan asing yang bersembunyi di kawasan pergunungan itu adalah dari Mesir, Tunisia, Sudan dan Yaman.

"Tidak mungkin sekumpulan pengganas boleh memerintah sebuah bandar. Militan asing terbabit akan diberkas dan dihantar pulang ke negara asal masing-masing," kata Mismari.

Komander Tentera Libya Jeneral Khalifa Haftar pada Selasa berkata pasukannya akan mengambil alih bandar Darna seperti yang diminta oleh penduduk setempat.

Sejak 2015, Darna telah dikepung oleh pihak tentera yang mendesak militan daripada Majlis Syura Mujahideen Darna meninggalkan bandar itu.

Pihak tentera menuduh kumpulan militan itu masih setia kepada al-Qaida.-Bernama

Militan, Gunung Darna

Artikel Lain